Seminar Antarabangsa Warisan Nusantara telah berlangsung baru-baru ini di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Banyak kertas kerja yang telah dibentangkan oleh para pembentang. Seminar berlangsung selama 3 hari. Para pembentang kebanyakannya menginap di beberapa buah hotel yang terdapat di One Borneo seperti Grand Borneo Hotel, Tune Hotel dll. Perjalanan udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 3 jam.
Majlis makam malam anjuran pihak seminar diadakan di Grand Borneo Hotel yang terletak berhampiran UMS. Ia dihadiri ramai pembentang dan ketua-ketua jabatan UMS. Persembahan tarian tradisi Sabah, lakonan dan deklamasi puisi turut dijalankan untuk memeriahkan majlis.
Sepanjang tempoh seminar, terdapat pameran seni pembuatan kraftangan borneo dipamerkan di ruang legar Sekolah Pengajian Seni UMS ini. Gambar berikut menunjukkan seni warisan pembuatan lepa atau kapal layar untuk hiasan.

aila dec2011

aila okt 2011
Pandai Sikek merupakan daerah istimewa di Padang Panjang, Bukit Tinggi Sumatera Barat. Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak di kawasan tanah tinggi yang bercuaca dingin dan segar. Banyak sekali tanaman sayuran diusahakan sekitar kawasan pergunungan ini.
Di samping itu, di daerah istimewa Pandai Sikek yang terletak di Padang Panjang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat ini masyarakatnya mengusahakan pelbagai seni kearifan tempatan. Di antaranya ialah seni tenunan songket, seni ukiran kayu, seni jahitan dan sulaman, seni pembuatan kasut, seni kraftangan dan kegiatan pertanian.

aila okt 2011
Bungaan seperti ros dan dahlia mekar hampir di setiap sudut daerah ini menambahkan keceriaan kehidupan masyarakat serta pengunjungnya. Gambar di atas adalah antara tanaman kawasan tanah tinggi di Sumatera. Pokok yang ada dalam gambar di atas ialah pokok terung belanda. Buah yang berwarna hijau akan berubah menjadi warna merah jika sudah masak ranum dan sesuai dibuat jus.

ISTANA PAGAR RUYONG - aila okt 2011
Lawatan ke Padang untuk berseminar kali ini terasa amat bererti apabila sempat mengunjungi Istana di Pagar Ruyong. Perjalanan merentasi banjaran gunung mengambil masa lebih kurang tiga jam dari Bukit Tinggi.
Dalam perjalanan tersebut, kami melalui tempat dikenali sebagai Batu Sangkar.. Sehigga kini apabila tiba di Lcct saya masih belum bertemu jawapan kenapa tempat tersebut disebut sebagai “batu sangkar”..
Permai suasana sekitar Istana Baso Pagar Ruyong yang dikelilingi banjaran gunung serta bukit-bukau yang menghijau.. Hebat sekali masyarakat Minangkabau kerana berupaya membina istana di atas kawasan pergunungan.. Kawasannya amat bersih, luas dan berudara dingin serta segar.. Dari kejauhan tersergam Gunung Berapi Merapi..
Istana tersebut amat besar dan kelihatan gah sekali dengan seni ukiran yang sangat menarik.. ia memperlihatkan kearifan tempatan masyarakatnya yang sangat tekun, bijak, kreatif dan berbakat besar.. Kehalusan seni ukir di hampir seluruh dinding istana yang besar itu menjadi bukti kehebatan masyarakat Minangkabau.
Dalam pada itu, sempat juga saya mencuba pakaian adat Minangkabau yang unik
Terima kasih kepada Prof Sohaimi yang merencanakan lawatan ke istana indah ini. Menjejak kaki ke istana di kawasan pergunungan ini benar-benar memberi pengalaman baru, manfaat dan menambahkah ilmu berkaitan kearifan tempatan.
Seminar berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 OKtober 2011. Seminar ini merupakan persidangan dwitahunan antara Fakultas Ilmu Budaya Universiti Andalas dan PPIK, USM. Seminar ini bertemakan “melestarikan kearifan lokal melalui kajian kemanusiaan dan media baru”.
Terdapat lebih daripada 20 kertas kerja yang dibentangkan dalam sesi dua hari seminar. Kearifan tempatan yang dibincangkan meliputi bidang kearifan Melayu dalam aspek sastera, seni, undang-undang, bahasa dan sebagainya.

Kesultanan Melayu Melaka meninggalkan warisan sejarah, budaya dan pengajaran yang masih dirasai hingga kini. Tahun 2011 ini genaplah lima kurun kejatuhan era Kesultanan Melayu Melaka apabila dijajah oleh pihak Barat pada tahun 1511.
Sempena memperingati dan mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut, satu seminar bertemakan menyingkap kebenaran dan menyelami pengertian diadakan di USM dari 20-21 Oktober 2011.
Banyak kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang berlangsung selama 2 hari ini oleh tokoh-tokoh dan pakar sejarah Melaka yang tersohor. Atas jemputan pihak seminar, kertas kerja bertajuk “Pengaruh Agama Dalam Interaksi Antara Tamadun di Melaka” telah saya bentangkan.
Dalam pada itu, baru-baru ini terdapat kajian tentang Melaka yang mendapati bahawa kerajaan Melayu Melaka sebenarnya telah diasaskan pada tahun 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini. Penemuan ini memberi episod dan maklumat baru yang tentunya mempunyai pelbagai kisah dan teladan yang boleh disingkap sebagai pengajaran.
Tahun 1278 itu dipilih berdasarkan rujukan fakta sejarah yang terdapat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang kerabat diraja Johor yang ketika itu yang ditugaskan menyalin naskah itu. Justeru itu, dipercayai satu entiti politik yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka di Alam Melayu telah pun wujud sejak tahun 1278.

Dalam ibadah haji, banyak sekali aktiviti berjalan yang diakukan terutama ketika tawaf, saie , di Arafah sehinggalah ketika melontar di jamrah. Malah jemaah haji juga berulang alik setiap hari secara berjalan kaki ke masjid untuk melaksanakan ibadah.
Ada kajian yang mengatakan aktiviti berjalan kaki boleh membuatkan otak seseorang menjadi bijak.
Berkaitan amalan senaman berjalan kaki ini, pengkaji di University Illinois membahagikan 124 peserta kajian kepada dua kumpulan untuk mengkaji kesan senaman dan kaitannya dengan kecerdasan minda. Read more »
Baru-baru ini berlangsungnya Road Show Hala Tuju Apex. Ramai ahli akademik yang menghadirinya.. Mentransformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok (“Transforming Higher Education for Sustainable Tomorrow”)

aila2011
Umat Islam di Malaysia meraikan Aidil Fitri di Malaysia dengan cara yang tersendiri.. Selain bersolat sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah di masjid-masjid dan bertakbir hari raya .. amalan berkunjungan juga telah lama menjadi tradisi dalam masyarakat di Malaysia.
Sebagai meraikan tetamu yang berkunjung, sanak-saudara dan anak-anak yang pulang beraya, pelbagai judah disediakan. Antara juadah tradisi yang menjadi hidangan pada hari raya ialah ketupat.
Terdapat dua jenis ketupat iaitu yang dibuat daripada beras dan ada juga yang dibuat dari pulut.. Untuk menyediakan ketupat beras, biasanya anyaman dibuat menggunakan daun kelapa sebagai pembalut beras yang akan direbus sehingga menjadi ketupat nasi. Ia juga dikenali sebagai nasi impit.. Ketupat jenis ini biasanya dimakan bersama rendang, sayur lodeh dan sambal.
Inilah anyaman ketupat yang dihasilkan untuk untuk raya tahun ini
Anyaman ini dibuat menggunakan daun kelapa yang masih muda. Mujurlah ia mudah sahaja diperolehi dari pohon-pohon kelapa yang ditanam oleh tok wan di sekitar laman tepi rumah.
Ketupat nasi ini perlu direbus selama 3 hingga 4 jam supaya beras menjadi lembut dan menjadi satu.
Ketupat nasi yang direbus menggunakan daun kelapa ini lebih selamat, lestari dan tentunya lebih baik berbanding ketupat nasi yang dibalut plastik yang boleh dibeli dari pasaraya. Dibimbangi bahan berbahaya dari plastik akan menyerap masuk ke dalam ketupat nasi yang direbus.
Oleh itu, sewajarnya seni anyaman ketupat dipelajari agar tradisi yang lestari ini dapat kita kekalkan dan diwarisi kepada generasi yang seterusnya… Hmmm.. mungkin amalan dan seni tradisi ini sesuai dipelajari dalam bahagian praktikal subjek Etika dan Masyarakat Lestari

aila2011
Kelestarian.. apa maksud sebenar istilah ini ? Hmm, inilah satu istilah yang sedang bermain difikiran.. Mana tidaknya, semester baru akan bermula tidak lama lagi.. iaitu pada Syawal ini.. Sebagai penyelaras subjek Etika dan Masyarakat Lestari, banyak urusan tentang penawaran subjek baru ini yang perlu dibereskan, sebelum bercuti meraikan Aidil Fitri..
Mungkin aktiviti luar rumah ini dan hasilnya boleh menggambarkan sebahagian daripada maksud istilah tersebut..

aila2011 aila2011

aila2011

aila2011aila2011
Ketika melawat Universitas Syiah Kuala di Banda Aceh baru-baru ini, saya berkesempatan menziarahi beberapa orang dosen dari bahagian Usuluddin. Di antara yang ditemui juga ialah Prof A. Rani Usman yang telah menghadiahkan saya naskah Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Aceh yang baru sahaja dilancarkan dalam seminar khusus pada pagi hari tersebut. Dengan rasa berbesar hati saya menerima pemberian istimewa tersebut dan ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof Rani dan rakan-rakan… Jazakumullah..

aila2011
Foto di atas menunjukkan contoh halaman al-Quran terjemahan tersebut yang menggunakan Bahasa Aceh.

aila2011
Inilah naskah Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Aceh yang menjadi kenang-kenangan istimewa sempena lawatan penyelidikan saya ke Banda Aceh baru-baru ini.