Soalan Tugasan TITAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar di bawah bimbingan kuliah dan tutorial saya, Dr Suhaila Abdullah di SK3 :

Sila maklum bahawa oleh kerana jumlah pelajar untuk tutorial lebih dari 605 orang semester 2 2011/ 2012 maka kita tetapkan 5 atau 6 orang satu kumpulan.

Pelajar boleh memilih ahli kumpulan masing-masing (pastikan 5 atau 6 orang)

Berikut merupakan soalan-soalan tugasan bagi subjek TITAS. Sila pilih satu soalan daripada 20 soalan berikut. Anda perlu menyediakan laporan bertulis (10 halaman), binding & serah secara hardcopy dan juga slide powerpoint hantar secara softcopy ke email atau dalam CD bagi tajuk yang ditugaskan.

**Tulis semua nama, mo matrik dan no ic ahli kumpulan dengan betul pada tugasan anda. Satu kumpulan hanya perlu menghantar 1 assignment dan 1 slide powerpoint yang dikongsi bersama kepada pensyarah.

(In progress !!!)

***

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar di bawah bimbingan kuliah dan tutorial saya, Dr Suhaila Abdullah di SK3 :

Sila maklum bahawa oleh kerana jumlah pelajar untuk tutorial lebih dari 200 orang maka kita tetapkan 5 orang satu kumpulan.

Pelajar boleh memilih ahli kumpulan masing-masing (pastikan 5 orang) dan kita akan tentukan soalan tugasan dalam tutorial minggu depan.

Bagi yang belum ada group boleh tulis di borang yang ditampal di  papan kenyataan di luar pejabat saya. Bagi yang belum mendapat senarai soalan tugasan juga boleh mendapatinya dari sana atau anda boleh mendapatkannya dari sini:

Berikut merupakan soalan-soalan tugasan bagi subjek TITAS. Sila pilih satu soalan daripada 20 soalan berikut. Anda perlu menyediakan laporan bertulis dan juga membentangkan tajuk yang dipilih.  

HTU 223 – TITAS   (Semester I, 2011/2012)

FORMAT PENULISAN

1-Tidak lebih dari 12 halaman bersama dengan rujukan.

2-Langkau 1.5 dengan menggunakan Font Times New Roman 12.

3-Sekiranya didapati ada perbuatan ‘COPY and PASTE’ maka tugasan anda akan diberi markah 0.

 

BAHAGIAN TAMADUN ISLAM

 1. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan tokoh pemikir Islam moden. Bincangkan latar belakang beliau dan nyatakan pandangan anda mengenai teori pengislaman ilmu yang sering diperkatakan beliau.

2.Bernostalgia tentang keagungan sejarah Tamadun Islam tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada usaha pembangunan tamadun umat Islam kini. Debatkan kenyataan ini dengan merujuk senario perkembangan tamadun Islam di Malaysia.

3. Tonton filem Nur Kasih The Movie.

Bincangkan nilai-nilai ketamadunan dan kemanusiaan yang terkandung di dalam jalan penceritaan filem tersebut. Nyatakan juga iktibar yang boleh diambil dari kisah dalam filem ini berdasarkan nilai-nilai kebaikan yang terdapat dalam budaya masyarakat Arab dan masyarakat Melayu.

4. Bincangkan bagaimana institusi wakaf (endowment) dapat mempertingkatkan ekonomi dan kesejahteraan umat Islam di Malaysia.

BAHAGIAN TAMADUN MELAYU

5. Tun Seri Lanang merupakan cendekiawan Melayu unggul. Bincangkan sejarah hidup dan perjuangan beliau dalam memartabatkan bangsa Melayu suatu ketika dahulu. Ketengahkan juga idea-idea beliau yang dapat diberi nafas baru dalam mengukuhkan keharmonian warga Malaysia sekarang.

6. Tamadun bangsa Melayu telah berkembang secara seiring dengan tamadun Cina dan tamadun India di daerah Nusantara. Namun begitu  tamadun Melayu perlu menjadi asas pembentukan dasar kebudayaan kebangsaan di Alam Melayu. Beri penilaian anda.

7. Bincangkan sejarah dan peranan Pulau Pinang dalam pembangunan ketamadunan di Malaysia.

8. Isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains masih lagi diperdebatkan hingga ke hari ini. Rungkaikan masalah ini dengan mengambil kira bahawa Melayu sebagai bahasa ibunda (native language) rakyat Malaysia dan usaha Malaysia untuk membina tamadunnya berasakan kepelbagaian budaya dan bangsa.

BAHAGIAN TAMADUN CINA

9. Untuk memerintah Negara China, seseorang maharaja perlu mendapat ‘mandat dari syurga.’ Huraikan teori ‘mandat dari syurga’ ini dari perspektif keagamaan dan politik dan nyatakan pandangan anda mengenai teori ini.

10.  Bincangkan faktor-faktor kejayaan penguasaan ekonomi dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia yang boleh dicontohi.

11.  Bincangkan tentang sejarah pembentukan dan keunikan budaya masyarakat Peranakan Cina di Melaka. 

12.  Perkembangan ekonomi negara China hari ini telah menggugat kedudukan negara Amerika yang pernah dianggap sebagai pemegang ekonomi dunia. Antara rahsia kejayaan China adalah pegangan mereka kepada ajaran Konfucianisme. Jelaskan bagaimana hubung kait ajaran ini dengan pembangunan rakyat mereka dalam aspek ekonomi, sosial dan politik.

BAHAGIAN TAMADUN INDIA

 13.  Agama Sikh yang diasaskan oleh Guru Nanak adalah hasil gabungan antara agama Hindu dan Islam. Huraikan elemen-elemen gabungan tersebut.

14.  Agama Jainisme merupakan pecahan dari agama Hindu. Ia tidak menerima sistem kasta. Bincangkan konsep-konsep kepercayaan agama ini dan kenapakah ia menentang sistem kasta dalam agama Hindu.

15.  Bincangkan tentang keunikan budaya hidup masyarakat India di Malaysia yang terkandung dalam novel Interlok dan nyatakan langkah-langkah terbaik yang boleh diusahakan bagi menjamin keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

16.  Mahatma Gandhi dikatakan seorang pemimpin yang sangat menitikberatkan persoalan kemanusiaan dan alam sekitar. Huraikan dengan jelas falsafah beliau mengenai manusia dan alam sekitar.

 

BAHAGIAN CABARAN DAN ISU-ISU KONTEMPORARI

 17.  Ulang tahun ke-10 peristiwa September 11 baru sahaja diadakan. Apakah yang dapat anda pelajari dari peristiwa September 11. Berikan komen, kritikan dan persepsi anda mengenai peristiwa ini.

18.  Beri  kritikan anda terhadap  kejadian bencana alam yang sering menimpa dunia hari ini dan kaitannya dengan kelestarian tamadun manusia.

19.  Usaha mengekalkan kelestarian alam boleh diusahakan melalui pelbagai pendekatan. Bincangkan pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia dan bagaimanakah sikap dan sambutan masyarakat terhadap usaha ini demi memastikan kesinambungan tamadun dapat diwarisi kepada generasi yang seterusnya.

20.  Di samping nilai positif yang wujud dalam perkembangan teknologi komunikasi yang ada pada hari ini, masyarakat juga berdepan dengan pelbagai masalah yang dihasilkan dari teknologi ini. Bincangkan masalah yang timbul dari  perkembangan teknologi ini dan bagaimana teknologi ini boleh dianggap sebagai faktor keruntuhan sesebuah tamadun.

DR SUHAILA

13 SEPTEMBER 2011

__________________________________XXX________________________________

 

Berikut merupakan soalan-soalan tugasan bagi subjek TITAS. Sila pilih satu soalan daripada 10 soalan berikut. Anda perlu menyediakan laporan bertulis dan juga membentangkan tajuk yang dipilih.  

HTU 223 – TITAS   (Semester II, 2010/2011)

Soalan Tugasan adalah seperti berikut:

SOALAN TUGASAN UNTUK KURSUS TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) SEM 2 2010/2011

1.        Jelaskan peranan institusi keluarga dalam proses pembinaan Tamadun Malaysia dengan mengaitkan ajaran agama Islam, Hindu, Christian dan Buddha.

2.         Kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang  proses pembinaan Tamadun Malaysia. Bincangkan.

3.         Isu integrasi dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi: mitos atau realiti. Berikan pandangan dan hujah anda mengenai isu ini dalam konteks pengukuhan toleransi antara tamadun di Malaysia.

4.        Pada pandangan anda, sejauhmanakah sistem pengajian tinggi di Malaysia memerlukan transformasi dan inovasi bagi meningkatkan kecemerlangan tamadun. Huraikan dengan memberikan contoh-contoh kaedah dan amalan yang boleh diteladani dari universiti-universiti terkemuka dunia

5.        Islam Hadhari dan 1 Malaysia merupakan pendekatan terbaru dalam mengharmonikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Apakah yang anda dapat cerapkan dari kedua-dua pendekatan ini?

6.      Bincangkan bagaimanakah caranya anda dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia pada peringkat antarabangsa?

7.      Penjanaan ekonomi sebagai asas pembinaan tamadun: Pengajaran daripada Tamadun Cina

8.      Pilih salah SATU pemikiran ekonomi tokoh-tokoh pemikir Islam:

Ibn Khaldun

Abul a’la al-Maududi

Al-Ghazali

Umar Chapra

Ibn Taimiyyah

9.        “Tamadun adalah satu pencapaian budaya pada tahap yang tinggi”

Berdasarkan kenyataan tersebut nyatakan ciri-ciri kebudayaan yang terdapat dalam mana-mana  masyarakat di seluruh dunia melalui saluran media (iklan, cerita pendek, sketsa, drama, filem) dan beri penilaian anda terhadap potensi nilai ketamadunan yang ada  dan beri cadangan langkah-langkah untuk mengukuhkannya.

10. Sistem kepercayaan atau agama menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun. Pilih satu bentuk kepercayaan agama    dan peranannya sebagai sumber penyelesaian kepada gejala sosial yang  merebak dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.

SELAMAT BERUSAHA !

Dr Suhaila

11.1.2011

 

 

 

 

 

SOALAN UNTUK PROJEK KURSUS TITAS SEM 1 2010/2011

1.     Pilih salah satu novel Dato Shahnon Ahmad:

I-                    “Detik-Detik  Diri di Daerah Daif”

atau

II-                  “Ranjau Sepanjang Jalan”.

Tonjolkan nilai-nilai kemanusiaan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut dan kaitkan dengan proses pembinaan tamadun bangsa.

2.      Tonton filem “Hotel Rwanda” arahan Terry George. 

Ketengahkan nilai-nilai kemasyarakatan yang ingin disampaikan oleh filem tersebut dan berikan kepentingan nilai-nilai tersebut dalam pembinaan peradaban.

3.      Malik Bennabi seorang tokoh peradaban Islam ada mengatakan:

“Jepun berhasil mencapai kemajuan kerana strategi pembaharuannya jelas, tepat dan cerdas. Mereka mengutamakan kebangkitan intelektual dan membangun peradaban mereka berdasarkan spesifikasi mereka sendiri dan tidak memandu kepada pembaratan secara keseluruhan”.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan bagaimana peranan jati diri bangsa dan budaya dalam pembinaan tamadun Malaysia.

4.       Tonton filem “Avatar” arahan James Cameron.

Jelaskan bagaimana kedudukan nilai spiritual dalam sesebuah masyarakat dan kaitkan peranannya dalam pembinaan bangsa yang berjaya.

5.       Berikan ulasan berkaitan isu-isu ketamadunan yang dibincangkan di dalam buku di bawah ini dan relevensinya di Malaysia :

Islam and Confucianism – A Civilizational Dialogue

Edited by : Osman Bakar

Co editor : Cheng Gek Nai.

University of Malaya Press.

6.          Berikan ulasan berkaitan isu-isu ketamadunan yang dibincangkan di dalam buku berikut dan relevensinya dalam konteks dunia pada hari ini :

Islam and Civilizational Dialogue- A Quest for A Truly Universal Civilization

By : Osman Bakar

University of Malaya Press.

7.         Analisis faktor kejatuhan salah satu tamadun atau kerajaan yang pernah mencapai zaman kegemilangan berdasarkan teori kitaran (‘umran) Ibn khaldun.

8.         Sejarah membuktikan bahawa tamadun manusia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan alam semula jadi bagi menjamin kelangsungan sesuatu tamadun. Huraikan perkara ini dengan merujuk kepada tamadun Melayu, tamadun Cina dan tamadun India.

9.       Berpandukan kitab al-Muqaddimah karangan Ibn Khaldun, huraikan proses kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun serta prinsip-prinsip asas yang membezakan sebuah masyarakat bertamadun dengan masyarakat yang  tidak bertamadun.

10.  Tonton filem `Laskar Pelangi’ arahan Riri Riza (2008).

Bincangkan  kepentingan nilai-nilai ketamadunan bangsa yang dikemukakan melalui filem ini dan kaitkan kepentingan tersebut dengan usaha memperkasa Tamadun Malaysia pada masa hadapan.

34 thoughts on “Soalan Tugasan TITAS

  1. muhammad faris hussain

    salam dr.sy nak bertanya tentang soalan titas sem 2 2010/2011.tajuk yg saya pilih adalah #3 ( isu integrasi dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi:mitos atau realiti.berikan pandangan dan hujah anda mengenai isu ini dalam konteks pengukuhan toleransi antara tamadun di malaysia)

    soalan saya;dr nak mitos ke realiti atau kedua duanya???mcm mana nak kembangakan pembincangan tajuk ni??? terima kasih dr :)

  2. Dr Suhaila Post author

    Salam, Muhammad Faris..
    Anda boleh huraikan sama ada kenyataan tersebut suatu mitos atau realiti. Pilih salah satu. Anda boleh perhatikan dalam kalangan pelajar di USM sendiri.. ada tak integrasi berlaku? Jika ada nyatakan buktinya dan contoh2 berkaitan. Jika anda dapati tiada integrasi, anda huraikan dengan memberikan hujah dan contoh yang anda dapati di persekitaran anda..

  3. muhammad faris hussain

    hurm…macam sukar…sy rasa nak tukar la…nak pilih pemikiran ekonomi tokoh2 pemikir Islam…puan nak sy bincangkan pasal apa???sejarah?biodata?ilmu?buku?kitab?harapan pada masa hadapan???

  4. muhammad faris hussain

    as-salam…puan suhaila…sy nak bg nama untuk ahli kumpulan sy…boleh ke bg kat blog puan je???
    kalau boleh,sy bg skrg ye…

  5. muhammad faris hussain

    nor azani b. mohamad zani
    muhammad rushidi b. che husin
    nur afikah rahman
    nur athirah isa
    muhammad faris hussain UF 080039

  6. nur ezzah binti abdul kahar

    salam,
    saya pelajar titas sem 2 2010/2011
    sya nak bertanye puan mengenai soalan no 9,,
    mengikut soalan, adakah saya perlu nyatakn ciri2 budaya tamadun2 lama?,,bagaimana pula nak kaitkan dengan saluran media massa?,,terima kasih

  7. Dr Suhaila Post author

    waalaikumussalam.. pada hemat saya, untuk soalan ini ia merujuk kepada tamadun kontemporari dan minta pandangan anda tentang nilai budaya yang disalurkan melalui media.

  8. wei ling

    salam , saya pelajar semester 1 2011/2012 nak bertanya bagaimana saya boleh dapat slide yang diajar pada hari ini (20/9/2011) ? terima kasih

  9. siti aisyah binti ibrahim

    salam dr,saya pelajar titas sem1 2011/2012…sya nk brtnya dr soalan no 10…..mengikut soalan,adakah sya perlu mmbritahu faktor2 kjayaan perniagaan cina di malaysia&sumbangan kejayaan kpd masyarakat

  10. Dr Suhaila Post author

    Hi, Wei Ling.. Nota lengkap boleh didapati dari buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang ditulis oleh pensyarah. Slide adalah ringkasan dari buku tersebut yang digunakan sebagai alat bantuan mengajar oleh pensyarah untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan dan menarik :)

  11. Mohd Nor Mamat

    Salam Dr Suhaila, saya pensyarah di UiTM…diamanahkan mengajar TITAS (bukan bidang pengajian khusus). Saya berminat kaedah Dr membahagikan skop tugasan untuk pelajar. Dgn rendah hati, saya ingin mohon kebenaran Dr. untuk saya berkongsi skop tugasa Dr dgn pelajar2 saya…didahulukan jutaan terima kasih dan Selamat Maju Jaya, Dr… :)

  12. Dr Suhaila Post author

    Salam Assc Prof Mohd Nor.. Insya Allah, boleh dan dialu-alukan. Ilmu dan bahan yang berkaitan memang untuk disebar dan dimanfaatkan :)

  13. Aidil Farina

    Assalamu’alaikum. Dr Suhaila. Saya pensyarah sambilan di USIM dalam pengajian TITAS. Saya mohon kebenaran Dr untuk berkongsi beberapa tajuk daripada tajuk tugasan Dr untuk pelajar dengan pelajar-pelajar saya. Kerjasama Dr saya dahului dengan ucapan terima kasih.

  14. ying

    Salam sejahtera Dr. saya ingin bertanya kepada Dr ttg soalan no 6. Adakah saya perlu masukkan hubungan interaksi antara tamadun cina dan india. atau penumpuan hanya pada tamadun melayu yang membentuk dasar kebudayaan sahaja? sekian , terima kasih!

  15. nuramira binti sujak

    assalamualaikum dr. saya dari kumpulan 3 (nur kasih the movie) ingin bertanya, perlukah kumpulan kami menghantar slide permbentangan kami kepada dr ataupun cukup sekadar memberi hardcopy sewaktu pembentangan hari itu.sekiranya perlu, kami perlu send slide tersebut di mana?

  16. 'audah

    salam ‘alaikum Dr.Suhaila..sy merupakan pensyarah di sebuah kolej,sy berkenan dgn beberapa tjuk tugasan diatas dan berasa teruja utk menyuruh student sy mengupasnya.. blhkah sy mengambilnya Dr?

  17. Tay Mei Thing

    Salam dr, saya nak tentang soalan tugasan titas bagi sem 2,2011/2012…nombor 2 iaitu menurut ibn khaldun, pembangunan dan kemerosotan sesebuah tamadun adalah mengikut hukum kitaran sejarah…..bahaskan kekuatan dan kelemahan kedua-dua teori tersebut.
    Dalam soalan ini, saya nak tanya ada teori ibn khaldun ialah teori kitaran,model 3 tahap? saya perlu kaji teori ini?

  18. Connie

    salam sejahterah Dr. saya pelajar dr uitm, nak minta bantuan tuk soalan “isu integrasi dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi:mitos atau realiti.berikan pandangan dan hujah anda mengenai isu ini dalam konteks pengukuhan toleransi antara tamadun di malaysia”
    adakah soalan ini meminta punca berlaku integrasi berserta contoh dan langkah-langkah m’gurang’n isu integrasi itu? terima kasih Dr.. :)

  19. Dr Suhaila Post author

    Wa’alaikumussalam. Boleh, tiada masalah. Semoga manfaatnya dapat dikongsi semua.

  20. Aminah Anuar

    Assalam Dr Suhaila. Saya pelajar IPG Kampus Kota Bharu, sem ini saya ambil subjek TITAS. Saya nak bertanya pada Dr, bagaimana nak huraikan soalan ini…berdasarkan kedudukan dan peranan keluarga dalam Tamadun Cina, bincangkan sejauhmana institusi keluarga memainkan peranan dan perkembangan dan penerusan sesuatu tamadun khasnya Tamadun Islam itu sendiri? Terima kasih Dr.

  21. Dr Suhaila Post author

    Apa sebenarnya yang menjadi fokus di sini? Tamadun Cina atau Tamadun Islam? Dah tentu institusi keluarga amat penting dalam perkembangan sesebuah tamadun. Bayangkan jika tiada institusi kekeluargaan, apa akan jadi pada masyarakat manusia? Bayangkan juga jika tiada institusi perkahwinan yang sah, sudah tentau institusi kekeluargaan sukar dibina. Dari situ pelbagai huaraian lain boleh dibincangkan. Harap ini membantu saudari.

  22. nurul_AHM

    AsSalam. Dr Suhaila .

    “Berpandukan kitab al-Muqaddimah karangan Ibn Khaldun, huraikan proses kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun serta prinsip-prinsip asas yang membezakan sebuah masyarakat bertamadun dengan masyarakat yang  tidak bertamadun”

    Soalan saya:-)
    1) buku apakah yang boleh kami rujuk selain drpd kitab al-muqaddimah untuk maklumat tambahan ?

    2) untuk prinsip adakah berpandukan kitab tersebut juga (pandangn Ibn Khaldun) ?

  23. nurul nabiha

    AsSalam . Dr. Suhaila .

    sy ad beberapa pertanyaan berdasarkan soalan ini :

    “9. Berpandukan kitab al-Muqaddimah karangan Ibn Khaldun, huraikan proses kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun serta prinsip-prinsip asas yang membezakan sebuah masyarakat bertamadun dengan masyarakat yang tidak bertamadun ”

    soalan saya :

    1) selain kitab Al-Muqaddimah , buku apakah lagi yang berkaitan (yang boleh dijadikan rujukan ) untuk saya mendapatkan maklumat tambahan .

    2) untuk prinsip adakah berpandukan kitab Al-Muqaddimah ( pandangan Ibn Khaldun ) juga ataupun seara umum ?

  24. kelly chan

    tajuk : Kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan Tamadun Malaysia. Bincangkan.

    saya akan menjalankan pembentangan tentang tajuk ini . namun , apakah yang boleh saya bincang tentang tajuk ini?

  25. ahmad sobri

    salam,, cikgu nak tanya, saya penuntut sebuah kolej swasta di pahang, jadi lecturer saya telah memberi tugasan seperti mana yang puan telah beri pada student sem 1 2011/2012, jadi sy dpt tema tamadun islam soalan no 2 : 2.Bernostalgia tentang keagungan sejarah Tamadun Islam tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada usaha pembangunan tamadun umat Islam kini. Debatkan kenyataan ini dengan merujuk senario perkembangan tamadun Islam di Malaysia. Jadi sy bru pertama kali diberi tugas utk menyiapkn kerja sprti ini, boleh puan bg guideline skop yg mcm mana soalan itu mahukan,, wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>