Sembang-sembang
Seminar di Goethe Universitat, Frankfurt Am Main, Germany

Pada tarikh 17-18 Jun 2010, seminar bertemakan “Trade and Finance in the Malay World: Historical and Cultural Dimensions” telah berlangsung di Goethe Universitat, Frankfurt Am Main, German. Seminar ini adalah anjuran Institut fur Orientalische und Ostasiatische Philologien, Sudostasienwissenschaften. Di Universiti ini ada bahagian yang menfokus kepada pengajian Melayu juga. Banyak kertas kerja yang telah dibentangkan oleh pelbagai pembentang yang meliputi pelbagai tajuk yang berkaitan. Kertas kerja saya dibentangkan pada hari pertama, sesi kedua. Pengalaman berada di universiti ini sangat menarik dengan suasana persekitaran yang cantik, tambahan pula waktu ini merupakan penghujung musim bunga.
Sarjana
Nak buat subjek apa ye? Hmm, ligat fikiran ini memikirkan subjek baru untuk ditawarkan. Rupanya, kerjaya sebagai seorang pensyarah ini memerlukan lebih dari sekadar memberikan syarahan di kuliah. Namun, inilah kerjaya dan bidang yang telah diimpikan sejak zaman kanak-kanak dulu lagi. Kini, impian telah menjadi kenyataan. Apa yang perlu sekarang ialah untuk menjadikan kenyataan ini sebagai suatu anugerah yang disyukuri dan berusaha menimba ilmu sepanjang hayat serta menyampaikannya tanpa jemu.
Ibn Khaldun
Apabila menulis tentang tokoh ilmu ketamadunan yang tersohor, Ibn Khaldun teringat zaman semasa buat MA Pengajian Peradaban di Universiti Malaya dulu. Memang menarik subjek-subjek yang ditawarkan tambahan pula masa tu subjek-subjek tersebut diajar oleh ilmuan tersohor seperti Professor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, Prof Chandra Muzaffar, Prof Mohammad Abu Bakar, Prof Hashim Musa dan lain-lain. Terkenang semasa dulu ..
Kesabaran
Memang hidup ini memerlukan banyak kesabaran. Pelbagai masalah dan cabaran yang harus ditempuhi. Ragam manusia yang ikhlas, yang jujur, yang baik hati, yang hipokrit, yang penting diri sendiri, yang hasad dengki semua harus dihadapi. Apa pun, kehidupan mesti diteruskan. Hati tak harus goyah dengan cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Tetapkan matlamat, sertakan dengan usaha yang diiringi dengan doa dan tawakkal, insya Allah semoga kejayaan Allah anugerahkan. Amin..
Proposal
Di tangan sekarang ada beberapa proposal yang perlu diteliti. Ada proposal dari pelajar seliaan sendiri dan ada juga proposal pelajar dari rakan pensyarah yang dihantar untuk dinilai. Em, nak baca yang mana dulu ye? Sebenarnya apa yang penting dalam sebuah proposal ialah untuk meyakinkan penilai bahawa kajian ini penting untuk dijalankan dengan justifikasi yang kukuh dan mantap. Untuk melaksanakan sesuatu kajian, pertama sekali, calon perlu menentukan apakah bidang yang ingin ditekuninya. Kemudian, beliau perlu menyediakan tajuk khusus untuk kajiannya. Tajuk kajian perlulah diolah dengan baik setelah gerak kerja sorotan karya dilakukan dengan mendalam dan mengenalpasti lompong-lompong yang belum dikaji sebelum ini. Seterusnya proposal kajian perlu merangkumi penerangan tentang permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop, kepentingan, definisi konsep, tinjauan literatur, metodologi, sistematika kajian, kesimpulan dan bibliografi. Dan akhir sekali, calon perlulah bersedia untuk membentangkan proposal (cadangan penyelidikan) tersebut secara lisan dengan penuh keyakinan di samping mengekalkan sifat tawadduk dalam diri. Segala komentar dan cadangan pembaikan seharusnya diterima dengan hati yang terbuka dan ucapan terima kasih. Semoga usaha fi sabil al-’ilm ini mendapat ganjaran kebaikan dari-Nya Yang Maha Esa. Amin..
Percutian
Setelah sekian lama berkerja, sudah sampai masanya untuk mengambil cuti dan menghabiskan masa bersama keluarga. Percutian yang dipilih kali ini ialah tempat kegemaran sekeluarga. Semoga percutian dapat menyegarkan fikiran untuk kembali bekerja dengan lebih bersemangat selepas ini, insya Allah, amin..
Pelajar Titas DK K Semester I 2010/2011.
Pengajaran subjek TITAS kali ini agak berbeza dengan pengendalian kuliah dan tutorial pada semester-semester sebelum ini. Kali ini saya berpeluang mengenali pelajar dengan lebih dekat. Kesemua pelajar dalam kumpulan saya sangat baik, beradab dan bagus. Saya yakin mereka semua adalah pelajar yang cemerlang. Biasanya kerusi-kerusi di dalam dewan kuliah DK K ini penuh dengan pelajar. Cuma pada kelas terakhir ini pelajar agak kurang. Antara yang setia hadir hingga ke kelas terakhir:


Antara persembahan pelajar:


Syabas, dan semoga anda semua tekun belajar dan bersiap sedia menghadapi exam TITAS. Moga berjaya semuanya..
Dr Suhaila
Pembentangan Proposal
Sudah menjadi resam, kita diuji di mana-mana untuk menilai kemampuan diri. Begitu jugalah halnya dengan para pelajar pasca siswazah yang menyambung pengajian di peringkat sarjana atau doktor falsafah. Pembentangan proposal hari ini diharap dapat memberi panduan kepada calon yang membentang untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada proposal kajian masing-masing. Anggaplah sesi pembentangan dan penilaian oleh panel penilai sebagai satu panduan, bimbingan dan pandangan untuk membantu ada membina kajian yang berkualiti. Selamat meneruskan usaha masing-masing dan insya Allah, semoga semuanya berjaya menjalankan kajian dan memperolehi ijazah doktor falsafah kelak. amin.




By fifa world cup(^_^), November 6, 2010 @ 3:07 pm
assalamualaikum..u are my best lecturer in d world…
By Dr Suhaila, November 26, 2010 @ 5:19 am
alhamdulillah.. terima kasih..
By Dr Suhaila, November 26, 2010 @ 5:21 am
Wa’alaikumussalam.. you are an excellent student, Fifa.. semoga Fifa berjaya dengan cemerlang, insya Allah.
By haba, October 6, 2011 @ 2:06 pm
Askm. Terima kasih atas info yang telah dikongsikan. Visit blog : http://titas-haba.blogspot.com TQ!.