Etika dan Kelestarian
Ruangan ini memuatkan perbincangan tentang Etika dan Kelestarian. Ia bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan bagaimana manusia harus menjalani kehidupan secara beretika dan hidup secara lestari dengan alam sekitar, demi memastikan kelangsungan tamadun manusia dapat dibangunkan dan kelestarian alam dipertahankan.
Dalam pada itu, salah satu usaha menerapkan kefahaman dan penghayatan nilai etika dan lestari ini, kursus Etika dan Masyarakat Lestari telah ditawarkan di USM. Ia merupakan salah satu kursus teras yang baru diperkenalkan di PPIK, USM. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar tahun satu yang mendaftar untuk semester I.
Sebagai penyelaras subjek ini, saya berharap agar para pelajar akan mendapat manfaat dari kursus ini untuk mereka memahami, mempratikkan dan menghayati nilai-nilai etika dan kelestarian yang diajarkan dalam subjek ini.

Seharusnya kesedaran dan penghayatan nilai etika dan hidup secara lestari ini dihayati semasa kehidupan mereka sekarang di kampus dan diteruskan sehinggalah mereka keluar menjalani kehidupan di tempat kerja atau dalam aktiviti kehidupan seharian mereka yang lain.
Anda boleh download “The Earth Charter” dari sini. Visit http://www.earthcharterinaction.org/content/pages/Read-the-Charter.html
Boleh download Earth Charter ini dalam versi Bahasa Malaysia, English atau bahasa-bahasa lain.
Sebagai usaha menolong pelajar memahami tentang etika dan masyarakat lestari saya sediakan nota ringkas di sini. Kebanyakkan bahan bacaan maklumat saya telah beri kepada pelajar sekalian sebelum ini termasuklah hard copy slide pengajaran juga telah saya serahkan kepada pelajar dalam kuliah.
Maksud “etika”
Etika’ berasal dari istilah Yunani kuno “ethos” (bentuk tunggal) yang mempunyai beberapa maksud.
Antaranya bermaksud : tempat tinggal yang biasa, padang rumput, kandang, kebiasaan, adat, akhlak, watak, perasaan, sikap, dan cara berfikir.
Taetha” jamak : bermaksud adat kebiasaan.
Perkataan ini membentuk istilah ‘etika’.
Istilah ‘etika’ digunakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle ( 384-322 SM ) dalam menerangkan falsafah moralnya.
Etika bermaksud “ilmu tentang apa yang dapat dilakukan” atau “ilmu tentang adat kebiasaan”
Dalam Bahasa Melayu, istilah “ethos” banyak digunakan. Contohnya “ethos kerja”, “ethos profesion” dan sebagainya.
Istilah lain yang sering digunakan bagi menggantikan istilah ‘etika’ ialah ‘moral’.
Moral berasal bahasa Latin iaitu “mos” dan ( jamak : mores ) yang bererti kebiasaan atau adat.
Dalam hal ini, maka etimologi ‘etika’ didapati sama dengan etimologi istilah ‘moral’ kerana kedua-duanya berasal daripada kata yang bererti adat kebiasaan.
Maka ‘etika’ boleh diertikan sebagai “ilmu pengetahuan tentang asas-asas akhlak (moral).
Justeru itu, etika digunakan dalam erti nilai dan norma moral yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kelompok dalam mengatur tingkah lakunya.
Contoh: etika kaum India, etika agama Buddha, etika masyarakat Melayu dan lain-lain
Ia bermaksud ‘sistem nilai’ yang berfungsi dalam hidup manusia, individu mahupun pada tahap sosial dan masyarakat.
Selain itu, etika juga bererti kumpulan asas atau nilai moral. Yang dimaksudkan di sini ialah kod etika.
Contoh: kod etika di hospital yang disebut sebagai ‘etika hospital’ atau kod etika peguam. Di sini istilah etika digunakan bagi menerangkan tentang kod etika.
Seterusnya, etika juga bermaksud ilmu tentang perkara yang baik atau buruk. Etika dikatakan menjadi ilmu jika sesuatu amalan itu diterima dalam sesebuah masyarakat (sebagai asas dan nilai yang dianggap baik dan buruk ) tanpa disedari sehingga menjadi bahan gambaran bagi suatu kajian sistematik dan bermetod. Etika dalam konteks ini sama pengertiannya dengan falsafah moral.
Etika atau nilai amat sinonim dengan nilai akal budi sesuatu bangsa. Sebagai contohnya, nilai dalam masyarakat Melayu dapat diperhatikan daripada nilai-nilai keislaman.
Masyarakat Melayu dahulu sarat dengan kepelbagaian nilai etika dan kesantunan pekerti.
Walau bagaimanapun, dalam era hidup moden dan globalisasi ini, masyarakat Melayu kini mengalami tekanan disebabkan penularan nilai baru dari luar yang banyak mengabaikan susila dan etika hidup. Justeru itu, keadaan masyarakat menjadi rumit apabila nilai murni semakin pupus.
Dr Suhaila
————————————————————————————————
Tulisan di bawah tiada kaitan dengan nota kuliah ye
Kata slogan : Kepimpinan melalui Teladan..
Jadi..
Antara usaha yang boleh kita lakukan untuk kelestarian ialah menanam pokok. Jadi inilah antara yang saya lakukan..
Ini adalah antara ros yang tanam. Ada pelbagai warna di halaman rumah termasuklah ros kuning ini, ros merah, ros oren, ros putih dan ros merah jambu campur kuning air.. Memang harum kawasan sekitar bila bunga-bunga ros ini berkembangan di laman rumah. Ia boleh memberikan terapi minda dan ketenangan apabila kita berada di kawasan yang ditanam dengan bunga-bungaan begini.
Puisi Cinta
oleh :
oleh :
Sheikh Jalaluddin al-Rumi
Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta…
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta…
Cuba teka, apakah nama pokok ini? Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang sangat berkhasiat dan popular dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga ia menjadi ibarat dalam seni pantun Melayu.. Inilah pokok selasih yang ada di halaman rumah. Baunya harum sekali. Tumbuhan ini adakalanya dijadikan bahan masakan atau sebagai ulaman.
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan;
- Tanam selasih di tengah padang
- sudah bertangkai dihurung semut;
- Kita kasih orang tak sayang
- halai-balai tempurung hanyut





