Category: Uncategorized

Pembangunan Tamadun dan Kelestarian Alam Sekitar

Go to fullsize image

Oleh: Dr Suhaila Abdullah 

Pembinaan tamadun manusia amat berkait rapat dengan penggunaan sumber alam semulajadi. Hasil yang diperolehi oleh manusia daripada penerokaan sumber alam semulajadi memberikan banyak manfaat terhadap pembangunan kehidupan manusia. Daripada sumber alam, manusia memperolehi sumber makanan juga sumber lain seperti kayu-kayan, bahan galian seperti petroleum, emas, perak dan sebagainya. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-Hajj (22) : 64 yang bermaksud “Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. dan Sesungguhnya Allah, Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

 Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T. menegaskan bahawa alam ini dijadikan olehNya. Justeru itu, manusia hanyalah meminjam dan menggunakan sumber alam yang diciptakan oleh Allah. Dengan sebab itu, sewajarnya manusia mengambil faedah dari sumber alam ini secara beretika dan beradab-sopan dan bukannya mengeksploitasi alam secara melampaui batas.

Selain itu, dalam al-Quran dijelaskan bahawa bumi ini dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagai sebuah hamparan dan mempunyai permukaan yang lembut supaya senang manusia menjalankan aktiviti pertanian, mendirikan bangunan memecahkan tanah untuk membuat jalan-jalan dan sebagainya. Hal ini dijelaskan dalam firmanNya yang bermaksud : “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)” Surah al-Mulk (67) : 15.

Selain itu, Allah S.W.T. turut menjelaskan bahawa sesungguhnya manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini melalui firmanNya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” Surah Ali ‘Imran (3) : 104

Sebagai khalifah Allah di muka bumi, maka manusia telah diamanahkan untuk mentadbir alam ini dengan sebaiknya.  Tugas ini melibatkan perhubungan manusia dengan manusia lain dan hubungan manusia dengan makhluk cipataan Allah yang lain termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam sekitar dan sebagainya. Justeru itu, dalam usaha manusia membina tamadun dan memajukan kehidupannya, terdapat peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara.Dalam hal ini, manusia tidak boleh bertindak sesuka hatinya mengeksploitasi sumber alam sehingga berlakunya pembaziran dan kerosakan.

 Isu Alam Sekitar Pada Masa Kini

 Isu alam sekitar pada masa kini merupakan suatu isu yang berkaitan dengan persoalan sosial kehidupan manusia dan ia juga turut merangkumi persoalan berkaitan ekonomi, kesihatan, budaya dan juga alam sekitar dan sekaligus merangkumi tentang persoalan kemanusiaan dan kelestarian alam sejagat. Isu alam sekitar yang melanda tamadun manusia akhir-akhir ini menjadi ancaman kepada kehidupan semua makhluk yang wujud di muka bumi ini termasuklah kehidupan manusia itu sendiri, juga terhadap kehidupan fauna dan flora serta sumber-sumber semulajadi lain, persekitaran sekeliling dan alam cakerawala.

Isu-isu alam sekitar global seperti masalah kehilangan biodiversiti, kemerosotan sumber asli, pemanasan global, penipisan lapisan ozon, penebangan hutan yang berleluasa dan pelbagai masalah pencemaran air, udara dan alam sekitar yang lain merupakan antara masalah yang semakin meruncing dan meningkatkan cabaran dalam pengurusan alam sekitar masa kini. Read more »

Asal Usul Pulau Pinang

48s1rica6ydv1hcaf463shcau7fij1carncb6ucahyavn9ca0s12bbcaaho0yvcarf3h1ncad1ec7acaa8cgugcavo52qtcah3n0k6caq5df8ycauho0i1ca16m1f7cah2om90ca5f3rrcca0dv8u9ca2d6iyn

Dalam ceramah anjuran SEFSI, USM semalam, Prof Ahmad Murad Merican menjelaskan bahawa sebenarnya Pulau Pinang bukanlah dibuka oleh Francis Light. Orang yang bertanggungjawab membuka Pulau Pinang atau nama asalnya Tanjung Penaga ialah Tok Jenaton yang berasal dari Pagar Ruyong. Rupanya fakta sejarah yang kita pelajari selama ini tentang  sejarah Pulau Pinang adalah menyeleweng dari fakta sebenar.

Tok Jenaton pernah datang mengadap Sultan Kedah bersama dengan para pengikutnya yang terdiri dari kalangan orang Batak dengan membawa bersamanya hadiah naskah al-Quran tulisan tangan. Maka dengan itu, Sultan Kedah telah menghadiahkannya sebuah kawasan di sekitar Minden, Pulau Pinang. Kubur Tok Jenaton juga masih ada di Minden ketika ini.

Penyimpangan fakta sejarah yang dimuatkan dalam buku-buku teks sudah barang tentu merupakan akibat daripada sejarah yang dinilai dan hanya dilihat dari perspektif bangsa yang menjajah itu sahaja. Bukan sekadar menjajah tanahair, malah mereka juga turut cuba menjajah minda penduduknya. Mereka cuba memperlihatkan peranan mereka sebagai pencetus tamadun orang lain. Namun pada hakikatnya, sejak sebelum kedatangan kuasa penjajah itu, penduduk di Pulau Pinang (Tanjung Penaga) ini sudah mempunyai tamadun yang tersendiri, dan telah bertapak kukuh dengan bersendikan agama Islam.

Terdapat banyak orang Arab yang datang menetap di Tanjung Penaga. Malah di katakan Masjid Batu Uban telah wujud sekian lamanya serta berperanan penting menyebarkan syiar Islam. Batu Uban juga dikatakan sebagai Daerah Ulama di mana terdapat ramai ulama Islam yang tinggal menetap di situ.

Menariknya sejarah Pulau Pinang jika dikaji dengan teliti, berlandaskan fakta sebenar.

Remaja dan Perubahan Sosial

 

1021

 

Remaja merupakan aset negara. Merekalah golongan yang diharapkan akan menerajui dan mentadbir negara pada masa akan datang. Namun demikian, pada hari ini, kita dapati golongan inilah yang banyak terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Di antara punca utama yang menyebabkan berlakunya gejala sosial adalah akibat daripada arus globalisasi dan juga modenasasi. Tidak dinafikan bahawa arus globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden kini, masyarakat lebih mementingkan tentang prestij dan kemewahan. Maka dengan sebab itu, mereka menjadi semakin bersifat individualistik dan materialistik. Perubahan demi perubahan berlaku dengan pantas seiring dengan perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tersebut tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi bahkan ia turut melibatkan dominasi dari segi budaya dan pemikiran. Masyarkat kini terbawa-bawa dengan pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat. Hal ini berlaku secara pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat, komunikasi dan multi media sebagai pacuan yang sangat berkesan untuk menyebarkan agenda globalisasi dan dominasi Barat.

 

Read more »

Kita Bertanya dan al-Quran Telahpun Menjawabnya …

77

 

 

Segalanya Sudah Dijawab di dalam al-Quran ……….

 

 KITA SERING BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.’
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA JUGA KADANGKALA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
- Surah Al-Baqarah ayat 216

PABILA KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’
- Surah Al-Baqarah ayat 286

ADAKALANYA KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.’
- Surah Al-Imran ayat 139

DAN… KETIKA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI MASALAH INI?
QURAN MENJAWAB
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

APABILA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’
- Surah Al-Baqarah ayat 45

LALU KETIKA KITA BERTANYA LAGI : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
- Surah At-Taubah ayat 111

DAN KETIKA KITA BERTANYA : KEPADA SIAPAKAH AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.’
- Surah At-Taubah ayat 129

ADAKALANYA KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.’
- Surah Yusuf ayat 12 
 

Sesungguhnya, semuanya telah ada di dalam al-Quran. Kalau masih nak mengeluh lagi …jom gi ngaji, tenang rasa hati kita nanti …

Kelas membina blog

Hari ini merupakan hari paling bersejarah kerana hari ini merupakan hari pertama saya belajar membina blog sendiri. Kelas ini dibimbing oleh Dr Hasanah yang memang hebat penguasaan ilmunya tentang cara membina blog. Pengalaman pertama belajar hari ini sangat menarik … namun banyak perkara yang mesti diterokai lagi. Saya dan beberapa orang rakan di IK sama-sama menyahut cabaran bagi melakukan anjakan paradigma … semoga blog yang dibina ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian Dr Hasanah yang mengajar kami cara membuat blog ini secara percuma. Semoga Allah jua yang membalas kebaikan Dr Hasanah itu.

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

WordPress Themes