Category: Tempat Menarik

Pandai Sikek

aila okt 2011

Pandai Sikek merupakan daerah istimewa di Padang Panjang, Bukit Tinggi Sumatera Barat. Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak di kawasan tanah tinggi yang bercuaca dingin dan segar. Banyak sekali tanaman sayuran diusahakan sekitar kawasan pergunungan ini.

Di samping itu, di daerah istimewa Pandai Sikek yang terletak di Padang Panjang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat ini masyarakatnya mengusahakan pelbagai seni kearifan tempatan. Di antaranya ialah seni tenunan songket, seni ukiran kayu, seni jahitan dan sulaman, seni pembuatan kasut, seni kraftangan dan kegiatan pertanian.

aila okt 2011

 

Bungaan seperti ros dan dahlia mekar hampir di setiap sudut daerah ini menambahkan keceriaan kehidupan masyarakat serta pengunjungnya. Gambar di atas adalah antara tanaman kawasan tanah tinggi di Sumatera. Pokok yang ada dalam gambar di atas ialah pokok terung belanda. Buah yang berwarna hijau akan berubah menjadi warna merah jika sudah masak ranum dan sesuai dibuat jus.

Tangkuban Prahu

tangkuban prahu

 

Gunung Tangkuban Prahu adalah antara tempat menarik di Bandung yang boleh dikunjungi. Perjalanan boleh menggunakan kenderaan. Jika menaiki bas, perlu berhenti di satu tempat dan digantikan dengan van ke puncak gunung. Inilah antara pemandangan menarik yang boleh dinikmati.. kawasan kawah gunung berapi yang masih berasap dan mengeluarkan bau seakan-akan belerang.

Ketika ini Gunung Merapi baru sahaja meletus sejak beberapa minggu yang lalu dan masih berterusan memuntahkan laharnya yang mengorbankan banyak nyawa hingga kini.

Berada di sini.. kita mengagungi Kebesaran Allah SWT yang Maha Berkuasa menciptakan segala suatu.. anda boleh membayangkan jika gunung berapi meletus dengan laharnya yang panas itu.

Pada waktu ini, Gunung Tangkuban Prahu selamat untuk dilawati. Cuaca di sini dingin dan segar dan kadang-kala gerimis. Untuk sampai ke sini agak memakan masa, tapi bila sudah tiba di kemuncak, pasti anda terpukau dengan keindahannya.

WordPress Themes