Category: Sejarah dan Tamadun

Istana Pagar Ruyong

ISTANA PAGAR RUYONG - aila okt 2011

 

Lawatan ke Padang untuk berseminar kali ini terasa amat bererti apabila sempat mengunjungi Istana di Pagar Ruyong. Perjalanan merentasi banjaran gunung mengambil masa lebih kurang tiga jam dari Bukit Tinggi.

Dalam perjalanan tersebut, kami melalui tempat dikenali sebagai Batu Sangkar.. Sehigga kini apabila tiba di Lcct saya masih belum bertemu jawapan kenapa tempat tersebut disebut sebagai “batu sangkar”..

Permai suasana sekitar Istana Baso Pagar Ruyong yang dikelilingi banjaran gunung serta bukit-bukau yang menghijau.. Hebat sekali masyarakat Minangkabau kerana berupaya membina istana di atas kawasan pergunungan.. Kawasannya amat bersih, luas dan berudara dingin serta segar.. Dari kejauhan tersergam Gunung Berapi Merapi..

Istana tersebut amat besar dan kelihatan gah sekali dengan seni ukiran yang sangat menarik.. ia memperlihatkan kearifan tempatan masyarakatnya yang sangat tekun, bijak, kreatif dan berbakat besar.. Kehalusan seni ukir di hampir seluruh dinding istana yang besar itu menjadi bukti kehebatan masyarakat Minangkabau.

Dalam pada itu, sempat juga saya mencuba pakaian adat Minangkabau yang unik :-) Terima kasih kepada Prof Sohaimi yang merencanakan lawatan ke istana indah ini. Menjejak kaki ke istana di kawasan pergunungan ini benar-benar memberi pengalaman baru, manfaat dan menambahkah ilmu berkaitan kearifan tempatan.

al-Quran Terjemahan Bahasa Aceh

aila2011aila2011

Ketika melawat Universitas Syiah Kuala di Banda Aceh baru-baru ini, saya berkesempatan menziarahi beberapa orang dosen dari bahagian Usuluddin. Di antara yang ditemui juga ialah Prof A. Rani Usman yang telah menghadiahkan saya naskah Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Aceh yang baru sahaja dilancarkan dalam seminar khusus pada pagi hari tersebut. Dengan rasa berbesar hati saya menerima pemberian istimewa tersebut dan ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof Rani dan rakan-rakan… Jazakumullah..

aila2011

Foto di atas menunjukkan contoh halaman al-Quran terjemahan tersebut yang menggunakan Bahasa Aceh.

aila2011

Inilah naskah Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Aceh yang menjadi kenang-kenangan istimewa sempena lawatan penyelidikan saya ke Banda Aceh baru-baru ini.

Cut Nyak Dhien Srikandi Aceh

cut nyak dhien

Cut Nyak Dhien merupakan srikandi tersohor di Aceh yang berjihad menentang penjajah Belanda hingga ke akhir hayatnya. Kisah perjuangan beliau amat memilukan hati. Saat membaca kisah beliau yang ditulis dalam sebuah penulisan karangan Dr Rusdi yang dibeli dari Aceh, hati terasa kagum dengan semangat pejuang wanita jelita ini. Beliau telah bersuara dengan lantang bagi menyedarkan umat Islam di Aceh tentang perlunya mereka berjihad mempertahankan tanahair ketika Belanda membakar masjid Baiturrahman, di Banda Aceh.

Beliau berjuang bersama suaminya menentang penjajah Belanda. Pihak penjajah juga telah membakar rumah kediaman mereka yang menyebabkan mereka terpaksa hidup di dalam hutan belantara. Walau bagaimanapun, suaminya telah syahid dalam satu pertempuran akan tetapi Cut Nyak Dhien tetap meneruskan perjuangan suci menentang pihak penjajah walaupun bersendirian dan terpaksa bersembunyi di dalam hutan.

cut nyak dhien

Foto berikut menunjukkan saat ketika mana cut nyak dhien (duduk di tengah) setelah ditawan oleh Belanda pada bulan Ramadhan, setelah lama bersembunyi di dalam hutan. Keadaan beliau sangatlah uzur ketika ditawan kerana sudah sekian lamanya hidup di dalam hutan, tanpa makanan dan pakaian yang sepatutnya dan selayaknya dinikmati oleh seorang wanita dari kalangan bangsawan.

Penangkapan beliau adalah disebabkan khadamnya yang telah memberi tahu tempat persembunyiannya kepada pihak Belanda. Khadam beliau tidak sanggup melihat keadaan beliau yang sudah sakit tua, rabun dan hanya makan makanan yang diperoleh dari dalam hutan selama berpuluh tahun. Cut Nyak Dhien sangat marah ketika mengetahui tindakan khadamnya itu. Demikianlah secara ringkasnya kisah perjuangan salah seorang daripada srikandi Aceh yang berjihad sehingga ke hujung hayat mereka. Semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah SWT.. al-Fatihah.. amin.

Epistemologi Islam

 

Istilah ilmu berasal dari istilah Arab al-‘ilm. Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud, penggunaan istilah ‘ilm sangat terpengaruh oleh pandangan dunia Islam (Islamic worldview). Hal ini adalah kerana menurut pandangan beliau, pengetahuan dalam bahasa Arab digambarkan dengan istilah al-’ilm, al-ma’rifah dan al-syu’ûr (kesedaran). Namun, dalam pandangan dunia Islam, yang terpenting ia merupakan antara Sifat Allah yang bersifat al-’Âlim, al-’Alîm dan al-’Allâm, yang semuanya bererti Maha Mengetahui;

Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud lagi, sekarang ini umat Islam menyedari bahawa mendefinisikan ilmu (pengetahuan) secara hadd adalah mustahil. Sementara itu, Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam hal ini menjelaskan bahwa ilmu merupakan sesuatu yang tidak terbatas (limitless).

Epistemologi adalah istilah yang berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud teori mengenai ilmu. Ia membahaskan berkaitan sifat ilmu, sumber ilmu, klasifikasi ilmu, proses, kaedah dan cara mendapatkan ilmu dan hal-hal yang seumpamanya. Menurut Dr Abdul Rahman Hj Abdullah yang menulis buku Wacana Falsafah Sains: Sejarah dan Pemikiran, beliau menyatakan bahawa epistemologi atau teori pengetahuan adalah bidang yang membahaskan secara mendalam berkenaan dua perkara utama iaitu yang pertama tentang sumber pengetahuan dan yang kedua tentang kebenaran atau kesahihan pengetahuan.

Seminar Peranan Masjid dalam Tamadun Islam

Annual Conference of FORSIMAS – On the Role of Masjid Through Sustainable Quality of Social Development

Tamadun Islam telah lama berkembang di bumi Thailand. Di antara kerajaan Melayu Islam yang penting pada sutu ketika dahulu ialah di Kerajaan Melayu Islam Patani yang telah bertapak kukuh sejak sebelum kewujudan Melaka lagi. Namun, sejarah mencatatkan perjanjian Inggeris-Siam 1909 telah mewujudkan sempadan yang memisahkan Patani daripada Tanah Melayu. Dengan sebab itu, terdapat ramai umat Islam di Selatan Thailand sehingga kini.  

Rentetan daripada sejarah perkembangan Islam itulah, maka pada kali ini seminar FORSIMAS yang kelima diadakan di Bangkok dengan tema mengenai peranan masjid. Sebelumnya, pada tahun 2010, seminar FORSIMAS yang keempat telah diadakan di Kuala Lumpur.

2-4 Feb 2011

2-4 Feb 2011

Seminar ini berlangsung di The Golden Jublee of Islamic Affairs national Administration Centre, Chalermprakiat, Bangkok, Thailand. Seminar ini bermula pada 2 Feb hingga 4 Feb 2011. Seminar ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Thailand Mr. Abhisit Vejjajiva. Di antara yang terlibat dalam penganjuran seminar ini ialah Sheikhul Islam Office, Thailand, Ministry of Foreign Affairs of Thailand, The Office of Islamic Affairs Committee of Bangkok Metropolis, The Organizing Committee of al Maolidin al-Nabawi Celebration of Thailand, International Forum of Masjid for Integrity, Solidarity and Prosperity (FORSIMAS), Association of South East Asian Nations (ASEAN), and Foundation of Islamic Centre of Thailand.

banner

Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Thailand, namun negara tersebut mempunyai sebanyak 4 ribu buah masjid. Di Bangkok sahaja terdapat sebanyak 185 buah masjid. Dalam pada itu, Thailand juga mempunyai Bank Islam yang ditubuhkan kira-kira 7 tahun lalu dan mempunyai sebanyak 26 buah cawangan pada masa kini.

Setelah selesai berseminar pada hari kedua, para delegasi dan peserta dibawa menyusuri Sungai Menam Chaophraya sambil menikmati makan malam dan mendengar ucapan-ucapan kenamaan di dalam kapal tentera laut kerajaan Thailand. Sungai ini berperanan penting kerana di sinilah bermulanya pembinaan sebuah kerajaan dan tamadun yang kekal sehingga kini.

aila

aila

aila

aila

Cabaran Semasa

100_5144 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Mutakhir ini kita dapat melihat kemunculan satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat Barat terhadap masyarakat Muslim.  Di antaranya ialah mengenai gejala “Islamophobia” yang menggambarkan betapa umat Islam dikecam begitu hebat oleh Barat, walaupun di mana mereka berada. Hal yang menyedihkan timbul apabila pelbagai provokasi dilontarkan, malah mereka juga turut menyifatkan perang menentang keganasan sebagai ‘perjuangan bagi mempertahankan tamadun’ dan menggesa rakyat mereka agar melupakan perselisihan sesama sendiri dan sebaliknya berjuang menentang keganasan.
 
Islam adalah agama yang menganjurkan perpaduan. Perpaduan adalah nikmat manakala perpecahan adalah musibah. Dalam Islam, perpaduan adalah di antara kesempurnaan akhlak. Mengimbas kembali kegemilangan tamadun Islam sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika  berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membuktikan betapa Islam menekankan aspek perpaduan.

Di Malaysia, pendekatan yang diambil berkaitan dengan hal ehwal Islam dan pemerintahan negara adalah pendekatan-pendekatan yang realistik dan tidak keterlaluan. Hal ini bagi mengelakkan kemudaratan dan mengambil kira manfaat yang dapat menjamin keutuhan masyarakat dan negara.

Justeru, bagi masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, biar dalam apa jua cabaran semasa yang mendatang dan muncul di tengah-tengah keharmonian hidup bermasyarakat, maka Islamophobia (prejudis terhadap Islam) yang ‘dicipta’ oleh pihak yang memusuhi Islam sewajarnya ditolak jauh-jauh.

Hal yang perlu difahami oleh semua masyarakat bahawa tujahan yang bersifat ekstremisme dan terrorisme amat dikutuk oleh agama Islam. Dalam hal ini, sepatutnya terrorisme tidak boleh disandarkan kepada mana-mana agama ataupun bangsa. Hal ini adalah kerana semua agama dan bangsa pernah mengalami kewujudan kelompok pengganas masing-masing. Apa yang penting ialah kita mesti menilai sesuatu itu secara adil tanpa prejudis atau bias pada mana-mana pihak. Dan yang lebih penting adalah bahawasanya Islam merupakan agama yang sentiasa menganjurkan toleransi, perdamaian dan hubungan baik antara sesama manusia.

 

Ibnu Khaldun: Bapa Ilmu Sejarah & Sosiologi

Ibn Khaldun atau nibn-khaldoun-elkhabarama sebenar beliau ialah Abu Zayd Abd al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Wali al-Din al-Tunisi al-Hadrami al-Ishbili al-Maliki, lahir di Tunis pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah pada tahun 808H/1406M. Nama sebenar beliau ialah ‘Abd Rahman. Beliau turut mempunyai nama gelaran iaitu Wali al-Din. Akan tetapi, beliau lebih masyhur dengan panggilan Ibn Khaldun.

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam terulung dalam bidang sains sosial dan ketamadunan. Karya beliau yang bertajuk Muqaddimah merupakan sebuah karya monumental yang banyak dirujuk dan dikaji. Keseluruhan isi kandungan Muqaddimah disulami dengan pengamatan dan huraian yang cukup teliti tentang manusia dan masyarakat serta sistem sosial dalam kehidupan. Konsep peradaban yang dikemukakan oleh beliau mencakupi segala aspek berkaitan unsur spiritual dan fitrah manusia serta aspek fizikal dan juga biologikalnya.

Cendekiawan Barat mengiktiraf Ibnu Khaldun sebagai bapa ilmu sejarah, sosiologi dan ekonomi. Ilmu yang beliau utarakan 500 tahun lebih awal berbanding tokoh-tokoh bidang yang sama di Eropah seperti Aguste Comte, Adam Smith dan David Ricardo. Read more »

Ibnu Sina Tokoh Perubatan Dunia

ibnu sina

BIODATA / RIWAYAT HIDUP

Nama:     al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina

Dikenali dibarat:  Avicenna

Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi

Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan

Bangsa: Parsi

Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan

Usia ketika wafat: 57/58 tahun

IBNU SINA SEMASA KECIL

Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.

PERIBADI IBNU SINA

Tekun mempelajari ilmu

Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali.

Taat beragama

Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.

Pintar

Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.

Berinovatif

Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

1. Karya dalam Perubatan

Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.

Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.

Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit  dan cara untuk mengubatinya. Read more »

Istana al-Hamra’, Andalus

al hamra'

Istana al-Hamra’ adalah antara kesan sejarah Andalus yang agung kerana keindahan dan keunikan seni binanya. Al-Hamra’ asalnya adalah sebuah kubu kecil pada kurun ke empat hijrah. Apabila Badis bin Habus dari puak Barbar berjaya menguasai Granada, beliau telah menjadikannya sebagai pusat pemerintahannya. Tembok yang besar dibina di sekeliling bukit tempat terletaknya kubu tersebut dan di dalamnya dibina qosobah. Ia kemudiannya menjadi kubu Granada yang kuat.

Ketika Muhammad bin al-Ahmar memasuki Granada pada tahun 635H (1238M) beliau mencari sebuah tempat yang kuat dan tahan. Akhirnya beliau menemui al-Hamra’ di timur laut Granada. Di tempat tinggi ini beliau meletakkan asas kubu barunya iaitu istana al-Hamra’. Beliau mengarahkan agar dibina sebuah empangan di atas sungai Hadrah di utara bukit supaya air dapat disalurkan ke kubu. Sultan sendiri bergotong royong membinanya dan memberi ganjaran kepada para pekerja yang rajin.

Ibn al-Ahmar menjadikan istana tersebut sebagai pusat pemerintahannya dan membina beberapa menara di dalamnya. Beliau juga membina tembok besar yang memanjang hingga kawasan bukit yang landai. Pada zaman Muhammad al-Faqih beliau menyempurnakan binaan kubu dan istana. Apabila Muhammad III menaiki takhta beliau membina Masjid Jamek di Istana.

Zaman pemerintahan Yusof I dan anaknya Muhammad V adalah zaman keemasan pembinaan istana al-Hamra’. Semasa pemerintahan Yusof I, dibina tembok yang mengelilingi al-Hamra’ dengan buruj dan pintu besarnya yang dinamakan Pintu Shariah atau Keadilan. Selain itu banyak lagi pembinaan yang dilakukan oleh beliau termasuklah menara, istana dan Hammam. Apabila anaknya mengambil alih, beliau menyempurnakan pembinaan yang telah dimulakan bapanya.

Mungkin ada yang bertanya dari mana asal nama al-Hamra’? Dikatakan ia adalah nama kubu al-Hamra’ lama yang di atasnya Ibn Ahmar membina istananya. Sumber lain menyatakan bahawa nama tersebut bersempena warna merah menara istana Granada atau kerana batu yang digunakan untuk membina tembok luar berwarna merah atau kerana warna tanah di situ yang menjadi merah disebabkan banyak bercampur dengan asid besi.

WordPress Themes