Bicara Hati

Ramadhan Karim..
Indahnya Ramadhan sehingga tak terasa berlalunya hari-hari sehingga menjejak ke malam nuzul al-Quran.. 17 Ramadhan 1430H. Ramadhan ini bulan ibadah dan bulan mujahadah..
Mengambil keberkatan pada bulan yang mulia ini penulisan tafsir diusahakan sehingga tamat pada 7 Ramadhan. Kemudian disusuli dengan kertas-kertas kerja yang sudah mencapai tarikh akhir dan beberapa penulisan lain yang masih dalam pembikinan.
Insya Allah, malam-malam pada Ramadhan ini ibadah dan mujahadah tak kan pernah berakhir… kerana hati hanya mengharap Redha Allah serta keampunan-Nya.
Salam Maal Hijrah 1432 Hijriyyah.
Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 1431H.. Cepanya masa berlalu, kita sudah menempuhi tahun 1432H pula. Seiring dengan peningkatan usia, semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan rahmat dari Allah S.W.T.
Dengan cita-cita, semangat dan azam yang baru, kita akan terus berusaha mencapai yang terbaik.. Ikhlaskan niat, bahawa segala amal kita Lillahi Taala..



