Dahlia

 

aila 2012

Dahlia merupakan tumbuhan berbunga yang mempunyai ubi. Bunga dahlia ada yang tersusun selapis dan banyak lapis. Terdapat pelbagai warna dahlia yang terdapat di Malaysia antaranya ialah putih, kuning, ungu, merah tua dan sebagainya.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan ubi ini. Kebiasaannya selepas musim berbunganya tamat,pokok dahlia akan mati. Ubinya yang masih hidup boleh digunakan untuk dibiakkan. Ubi tersebut perlu dikeringkan dan dijemur beberapa hari sebelum ia ditanam semula.

Biasanya pokok dahlia subur di kawasan bercuaca dingin. Anak pokok dahlia ini dibeli dari cameron highlands.. bila ditanam di rumah, alhamdulillah ia hidup subur. Cuma pohon ini perlu diletakkan di kawasan yang agak teduh dan tidak terlalu terik dek sinaran matahari.

WordPress Themes