Warisan Nusantara

Seminar Antarabangsa Warisan Nusantara telah berlangsung baru-baru ini di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Banyak kertas kerja yang telah dibentangkan oleh para pembentang. Seminar berlangsung selama 3 hari. Para pembentang kebanyakannya menginap di beberapa buah hotel yang terdapat di One Borneo seperti Grand Borneo Hotel, Tune Hotel dll. Perjalanan udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 3 jam.

Majlis makam malam anjuran pihak seminar diadakan di Grand Borneo Hotel yang terletak berhampiran UMS. Ia dihadiri ramai pembentang dan ketua-ketua jabatan UMS. Persembahan tarian tradisi Sabah, lakonan dan deklamasi puisi turut dijalankan untuk memeriahkan majlis.

Sepanjang tempoh seminar, terdapat pameran seni pembuatan kraftangan borneo dipamerkan di ruang legar Sekolah Pengajian Seni UMS ini. Gambar berikut menunjukkan seni warisan pembuatan lepa atau kapal layar untuk hiasan.

aila dec2011

WordPress Themes