Pandai Sikek
Pandai Sikek merupakan daerah istimewa di Padang Panjang, Bukit Tinggi Sumatera Barat. Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak di kawasan tanah tinggi yang bercuaca dingin dan segar. Banyak sekali tanaman sayuran diusahakan sekitar kawasan pergunungan ini.
Di samping itu, di daerah istimewa Pandai Sikek yang terletak di Padang Panjang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat ini masyarakatnya mengusahakan pelbagai seni kearifan tempatan. Di antaranya ialah seni tenunan songket, seni ukiran kayu, seni jahitan dan sulaman, seni pembuatan kasut, seni kraftangan dan kegiatan pertanian.
Bungaan seperti ros dan dahlia mekar hampir di setiap sudut daerah ini menambahkan keceriaan kehidupan masyarakat serta pengunjungnya. Gambar di atas adalah antara tanaman kawasan tanah tinggi di Sumatera. Pokok yang ada dalam gambar di atas ialah pokok terung belanda. Buah yang berwarna hijau akan berubah menjadi warna merah jika sudah masak ranum dan sesuai dibuat jus.





