Istana Pagar Ruyong

ISTANA PAGAR RUYONG - aila okt 2011

 

Lawatan ke Padang untuk berseminar kali ini terasa amat bererti apabila sempat mengunjungi Istana di Pagar Ruyong. Perjalanan merentasi banjaran gunung mengambil masa lebih kurang tiga jam dari Bukit Tinggi.

Dalam perjalanan tersebut, kami melalui tempat dikenali sebagai Batu Sangkar.. Sehigga kini apabila tiba di Lcct saya masih belum bertemu jawapan kenapa tempat tersebut disebut sebagai “batu sangkar”..

Permai suasana sekitar Istana Baso Pagar Ruyong yang dikelilingi banjaran gunung serta bukit-bukau yang menghijau.. Hebat sekali masyarakat Minangkabau kerana berupaya membina istana di atas kawasan pergunungan.. Kawasannya amat bersih, luas dan berudara dingin serta segar.. Dari kejauhan tersergam Gunung Berapi Merapi..

Istana tersebut amat besar dan kelihatan gah sekali dengan seni ukiran yang sangat menarik.. ia memperlihatkan kearifan tempatan masyarakatnya yang sangat tekun, bijak, kreatif dan berbakat besar.. Kehalusan seni ukir di hampir seluruh dinding istana yang besar itu menjadi bukti kehebatan masyarakat Minangkabau.

Dalam pada itu, sempat juga saya mencuba pakaian adat Minangkabau yang unik :-) Terima kasih kepada Prof Sohaimi yang merencanakan lawatan ke istana indah ini. Menjejak kaki ke istana di kawasan pergunungan ini benar-benar memberi pengalaman baru, manfaat dan menambahkah ilmu berkaitan kearifan tempatan.

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

WordPress Themes