
aila okt 2011
Pandai Sikek merupakan daerah istimewa di Padang Panjang, Bukit Tinggi Sumatera Barat. Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak di kawasan tanah tinggi yang bercuaca dingin dan segar. Banyak sekali tanaman sayuran diusahakan sekitar kawasan pergunungan ini.
Di samping itu, di daerah istimewa Pandai Sikek yang terletak di Padang Panjang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat ini masyarakatnya mengusahakan pelbagai seni kearifan tempatan. Di antaranya ialah seni tenunan songket, seni ukiran kayu, seni jahitan dan sulaman, seni pembuatan kasut, seni kraftangan dan kegiatan pertanian.

aila okt 2011
Bungaan seperti ros dan dahlia mekar hampir di setiap sudut daerah ini menambahkan keceriaan kehidupan masyarakat serta pengunjungnya. Gambar di atas adalah antara tanaman kawasan tanah tinggi di Sumatera. Pokok yang ada dalam gambar di atas ialah pokok terung belanda. Buah yang berwarna hijau akan berubah menjadi warna merah jika sudah masak ranum dan sesuai dibuat jus.

ISTANA PAGAR RUYONG - aila okt 2011
Lawatan ke Padang untuk berseminar kali ini terasa amat bererti apabila sempat mengunjungi Istana di Pagar Ruyong. Perjalanan merentasi banjaran gunung mengambil masa lebih kurang tiga jam dari Bukit Tinggi.
Dalam perjalanan tersebut, kami melalui tempat dikenali sebagai Batu Sangkar.. Sehigga kini apabila tiba di Lcct saya masih belum bertemu jawapan kenapa tempat tersebut disebut sebagai “batu sangkar”..
Permai suasana sekitar Istana Baso Pagar Ruyong yang dikelilingi banjaran gunung serta bukit-bukau yang menghijau.. Hebat sekali masyarakat Minangkabau kerana berupaya membina istana di atas kawasan pergunungan.. Kawasannya amat bersih, luas dan berudara dingin serta segar.. Dari kejauhan tersergam Gunung Berapi Merapi..
Istana tersebut amat besar dan kelihatan gah sekali dengan seni ukiran yang sangat menarik.. ia memperlihatkan kearifan tempatan masyarakatnya yang sangat tekun, bijak, kreatif dan berbakat besar.. Kehalusan seni ukir di hampir seluruh dinding istana yang besar itu menjadi bukti kehebatan masyarakat Minangkabau.
Dalam pada itu, sempat juga saya mencuba pakaian adat Minangkabau yang unik
Terima kasih kepada Prof Sohaimi yang merencanakan lawatan ke istana indah ini. Menjejak kaki ke istana di kawasan pergunungan ini benar-benar memberi pengalaman baru, manfaat dan menambahkah ilmu berkaitan kearifan tempatan.
Seminar berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 OKtober 2011. Seminar ini merupakan persidangan dwitahunan antara Fakultas Ilmu Budaya Universiti Andalas dan PPIK, USM. Seminar ini bertemakan “melestarikan kearifan lokal melalui kajian kemanusiaan dan media baru”.
Terdapat lebih daripada 20 kertas kerja yang dibentangkan dalam sesi dua hari seminar. Kearifan tempatan yang dibincangkan meliputi bidang kearifan Melayu dalam aspek sastera, seni, undang-undang, bahasa dan sebagainya.

Kesultanan Melayu Melaka meninggalkan warisan sejarah, budaya dan pengajaran yang masih dirasai hingga kini. Tahun 2011 ini genaplah lima kurun kejatuhan era Kesultanan Melayu Melaka apabila dijajah oleh pihak Barat pada tahun 1511.
Sempena memperingati dan mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut, satu seminar bertemakan menyingkap kebenaran dan menyelami pengertian diadakan di USM dari 20-21 Oktober 2011.
Banyak kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang berlangsung selama 2 hari ini oleh tokoh-tokoh dan pakar sejarah Melaka yang tersohor. Atas jemputan pihak seminar, kertas kerja bertajuk “Pengaruh Agama Dalam Interaksi Antara Tamadun di Melaka” telah saya bentangkan.
Dalam pada itu, baru-baru ini terdapat kajian tentang Melaka yang mendapati bahawa kerajaan Melayu Melaka sebenarnya telah diasaskan pada tahun 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini. Penemuan ini memberi episod dan maklumat baru yang tentunya mempunyai pelbagai kisah dan teladan yang boleh disingkap sebagai pengajaran.
Tahun 1278 itu dipilih berdasarkan rujukan fakta sejarah yang terdapat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang kerabat diraja Johor yang ketika itu yang ditugaskan menyalin naskah itu. Justeru itu, dipercayai satu entiti politik yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka di Alam Melayu telah pun wujud sejak tahun 1278.

Dalam ibadah haji, banyak sekali aktiviti berjalan yang diakukan terutama ketika tawaf, saie , di Arafah sehinggalah ketika melontar di jamrah. Malah jemaah haji juga berulang alik setiap hari secara berjalan kaki ke masjid untuk melaksanakan ibadah.
Ada kajian yang mengatakan aktiviti berjalan kaki boleh membuatkan otak seseorang menjadi bijak.
Berkaitan amalan senaman berjalan kaki ini, pengkaji di University Illinois membahagikan 124 peserta kajian kepada dua kumpulan untuk mengkaji kesan senaman dan kaitannya dengan kecerdasan minda. Read more »