Ibnu Khaldun: Bapa Ilmu Sejarah & Sosiologi
Ibn Khaldun atau n
ama sebenar beliau ialah Abu Zayd Abd al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Wali al-Din al-Tunisi al-Hadrami al-Ishbili al-Maliki, lahir di Tunis pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah pada tahun 808H/1406M. Nama sebenar beliau ialah ‘Abd Rahman. Beliau turut mempunyai nama gelaran iaitu Wali al-Din. Akan tetapi, beliau lebih masyhur dengan panggilan Ibn Khaldun.
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam terulung dalam bidang sains sosial dan ketamadunan. Karya beliau yang bertajuk Muqaddimah merupakan sebuah karya monumental yang banyak dirujuk dan dikaji. Keseluruhan isi kandungan Muqaddimah disulami dengan pengamatan dan huraian yang cukup teliti tentang manusia dan masyarakat serta sistem sosial dalam kehidupan. Konsep peradaban yang dikemukakan oleh beliau mencakupi segala aspek berkaitan unsur spiritual dan fitrah manusia serta aspek fizikal dan juga biologikalnya.
Cendekiawan Barat mengiktiraf Ibnu Khaldun sebagai bapa ilmu sejarah, sosiologi dan ekonomi. Ilmu yang beliau utarakan 500 tahun lebih awal berbanding tokoh-tokoh bidang yang sama di Eropah seperti Aguste Comte, Adam Smith dan David Ricardo. Read more »



