Ibnu Sina Tokoh Perubatan Dunia

ibnu sina

BIODATA / RIWAYAT HIDUP

Nama:     al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina

Dikenali dibarat:  Avicenna

Tarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi

Tempat Lahir : Afshanah, Bukhara, Turkistan

Bangsa: Parsi

Tarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan

Usia ketika wafat: 57/58 tahun

IBNU SINA SEMASA KECIL

Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.

PERIBADI IBNU SINA

Tekun mempelajari ilmu

Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali.

Taat beragama

Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.

Pintar

Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.

Berinovatif

Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

1. Karya dalam Perubatan

Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.

Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.

Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit  dan cara untuk mengubatinya.

2. Pencapaian Dalam Bidang Perubatan

** Penemuan penyakit baru dan puncanya

–          pengaruh kuman dalam penyakit

–          jangkitan virus seperti TB

–          Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.

** Penemuan dalam bidang farmasi

–          menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit

–          menghasilkan ubat bius

** membangunkan teknologi perubatan

–          mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan

–          mencipta picagari

** kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatan

– memperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisis

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pada usia 21 tahun, ketika berada di Khawarizm, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau telah melanjutkan penulisannya dengan menulis buku-buku lain iaitu 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Karya-karya beliau telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Dalam pada itu, karya-karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberi tajuk ‘Muallafat Ibnu Sina’. Jasa Ibn Sina dalam bidang perubatan dan keilmuan amat dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di Hungary dinamakan sebagai ‘Avicenna College’.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.

Bidang Geografi

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles.    

Bidang Geologi, Kimia

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya adalah seperti berikut:

1.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.

2.Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan)

3.Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.

4.Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.

5.Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.

6.Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.

KEWAFATAN IBNU SINA

Pada tanggal 1 Ramadhan 428 Hijriah,  Abu Ali Sina atau yang terkenal dengan nama Ibnu Sina, yang berasal daripada Iran, telah meninggal dunia. Ibnu Sina wafat pada usia ke 58 tahun di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-selamanya. Sebuah monemun sejarah telah dibina di Tehran untuk itu. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Muslim lain yang disemadikan di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah jika jasad mereka dapat dimakamkan di tanah perkuburan yang sama.

4 thoughts on “Ibnu Sina Tokoh Perubatan Dunia

  1. nurul adryana rabihah binti azli

    thank you because you have introduced me to Ibnu sina it really helps me a lot thanks a lot

  2. nurul adryana rabihah binti azli

    thank you for providing this information is the precious information on me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>