SELAMAT DATANG

Selamat datang kepada semua pengunjung blog.

MUTIARA KATA

Rasulullah s.a.w. bersabda : Banyakkanlah oleh mu menyebut Allah di segenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak ada yang banyak melepaskan hamba daripada bencana di dunia dan di akhirat daripada menyebut Allah (berzikir)

WAKTU SOLAT NEGERI PULAU PINANG

Site menu:

Topik

Links:

Meta

Post Graduate

Tajuk-tajuk kajian pelajar ijazah lanjutan di bawah seliaan Dr Suhaila

Site search

 

November 2009
M T W T F S S
« Jul   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Recent Posts

Archives

Categories

Istana al-Hamra’, Andalus

al hamra'

Istana al-Hamra’ adalah antara kesan sejarah Andalus yang agung kerana keindahan dan keunikan seni binanya. Al-Hamra’ asalnya adalah sebuah kubu kecil pada kurun ke empat hijrah. Apabila Badis bin Habus dari puak Barbar berjaya menguasai Granada, beliau telah menjadikannya sebagai pusat pemerintahannya. Tembok yang besar dibina di sekeliling bukit tempat terletaknya kubu tersebut dan di dalamnya dibina qosobah. Ia kemudiannya menjadi kubu Granada yang kuat.

Ketika Muhammad bin al-Ahmar memasuki Granada pada tahun 635H (1238M) beliau mencari sebuah tempat yang kuat dan tahan. Akhirnya beliau menemui al-Hamra’ di timur laut Granada. Di tempat tinggi ini beliau meletakkan asas kubu barunya iaitu istana al-Hamra’. Beliau mengarahkan agar dibina sebuah empangan di atas sungai Hadrah di utara bukit supaya air dapat disalurkan ke kubu. Sultan sendiri bergotong royong membinanya dan memberi ganjaran kepada para pekerja yang rajin.

Ibn al-Ahmar menjadikan istana tersebut sebagai pusat pemerintahannya dan membina beberapa menara di dalamnya. Beliau juga membina tembok besar yang memanjang hingga kawasan bukit yang landai. Pada zaman Muhammad al-Faqih beliau menyempurnakan binaan kubu dan istana. Apabila Muhammad III menaiki takhta beliau membina Masjid Jamek di Istana.

Zaman pemerintahan Yusof I dan anaknya Muhammad V adalah zaman keemasan pembinaan istana al-Hamra’. Semasa pemerintahan Yusof I, dibina tembok yang mengelilingi al-Hamra’ dengan buruj dan pintu besarnya yang dinamakan Pintu Shariah atau Keadilan. Selain itu banyak lagi pembinaan yang dilakukan oleh beliau termasuklah menara, istana dan Hammam. Apabila anaknya mengambil alih, beliau menyempurnakan pembinaan yang telah dimulakan bapanya.

Mungkin ada yang bertanya dari mana asal nama al-Hamra’? Dikatakan ia adalah nama kubu al-Hamra’ lama yang di atasnya Ibn Ahmar membina istananya. Sumber lain menyatakan bahawa nama tersebut bersempena warna merah menara istana Granada atau kerana batu yang digunakan untuk membina tembok luar berwarna merah atau kerana warna tanah di situ yang menjadi merah disebabkan banyak bercampur dengan asid besi.

Write a comment