Kita Bertanya dan al-Quran Telahpun Menjawabnya …

Segalanya Sudah Dijawab di dalam al-Quran ……….
KITA SERING BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.’
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA JUGA KADANGKALA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
- Surah Al-Baqarah ayat 216
PABILA KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’
- Surah Al-Baqarah ayat 286
ADAKALANYA KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.’
- Surah Al-Imran ayat 139
DAN… KETIKA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI MASALAH INI?
QURAN MENJAWAB
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).’
APABILA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’
- Surah Al-Baqarah ayat 45
LALU KETIKA KITA BERTANYA LAGI : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
- Surah At-Taubah ayat 111
DAN KETIKA KITA BERTANYA : KEPADA SIAPAKAH AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.’
- Surah At-Taubah ayat 129
ADAKALANYA KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.’
- Surah Yusuf ayat 12
Sesungguhnya, semuanya telah ada di dalam al-Quran. Kalau masih nak mengeluh lagi …jom gi ngaji, tenang rasa hati kita nanti …
Posted: January 25th, 2009 under Uncategorized.
Comments
Comment from yan
Time March 28, 2009 at 8:05 am
saya rasa elok dr letakkan gambar dr skali.agar org lain dapat mengenali dr
Comment from Dr Suhaila
Time April 16, 2009 at 12:40 am
Terima kasih Dr Hasanah di atas budi baik memperturunkan ilmu dan memberi sokongan terhadap penulisan blog ini… moga-moga blog ini akan dapat memberi manfaat sewajarnya …
Comment from Dr Suhaila
Time April 16, 2009 at 12:42 am
Terima kasih Yan .. Insha Allah cadangan itu akan dipertimbangkan … Tapi, buat masa ini, ‘biarlah rahsia’ dulu …
Comment from Hasanah
Time January 27, 2009 at 4:07 pm
Assalamualaikum,
Tahniah Dr. Suhaila.
Terkagum saya melihat entri pertama dalam blog ini. Pastinya, tak lama lagi, blog ini akan menggegarkan dunia!!!
Teruskan menulis!
Kalau entri pertama dah begitu memikat, pasti nanti ramai yang akan jadi pembaca setia